#HP

Perbezaan Victus 16 & OMEN 16 – Dua Laptop HP Gaming Dikuasakan AMD

Diterbitkan pada Nov 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sedar atau tidak hampir semua jenama mempunyai model yang dikhususkan untuk gaming. HP malah mempunyai siri OMEN 16 sejak tahun 2016, dan merupakan salah satu pilihan pengguna yang inginkan komputer gaming. Bulan Ogos yang lalu HP menambah penawaran gaming mereka melalui pengenalan Victus 16.

Jadi dengan dua komputer gaming dari HP yang dikuasakan oleh cip AMD, apa bezanya antara Victus 16 dan OMEN 16? Disini kami akan rungkaikan bagi anda, supaya anda dapat memilih komputer gaming manakah yang lebih sesuai untuk anda.

HP Victus  – Laptop Bagi Mereka Yang Baru Berjinak Dengan Gaming

Selepas 5 tahun HP OMEN 16 diperkenalkan, HP Victus 16 kini ditawarkan kepada anda dengan harga yang sangat mesra dan mampu milik bagi mereka yang baru ingin terjun kedalam dunia gaming. Ini kerana HP Victus 16 turut dicipta dengan mengambilkira pengalaman HP mengendalikan OMEN 16, jadi fungsi-fungsi gaming akan turut tersedia untuk laptop Victus 16 ini.

HP Victus 16 ini dikuasakan cip pemprosesan AMD Ryzen 7 5800H dengan cip grafik NVIDIA GeForce RTX 3050ti mobile-GPU. Kedua-dua cip ini dibantu oleh ram 4GB DDR6 yang berupaya menghasilkan pengalaman permainan yang boleh memberikan keterujaan buat para pemain. 

Sebagai bukti keatas prestasi gaming ini, ia juga mempunyai teras pemprosesan Ray Tracing Cores dan juga Tensor Cores, serta ‘streaming multiprocessors’ serta memori G6 berkelajuan tinggi pada kad grafik, yang menjana paparan gaming lebih cantik. Kesemua ini beroperasi dengan pantas, tanpa sebarang gangguan berkat ruang pengudaraan yang membuatkan sistem penyejukan berfungsi dengan efisien. 

Kini anda sudah mengetahui cip pemprosesan dan GPU pada HP Victus 16, ada lagi spesifikasi lain yang sangat berbaloi untuk harganya. Ia dilengkapi paparan 16-inci FHD dengan kadar segar semula 144Hz. Pada kadar segar semula berkelajuan tinggi ini, laptop gaming ini menyokong imej dan paparan permainan yang lebih cantik, lancar, dan berkualiti tinggi. 

Sebagai laptop gaming, HP Victus 16 berfungsi cukup pantas dengan pemacu storan SSD 512GB dengan pilihan 1TB turut tersedia, dan turut menyertakan papan kekunci dengan pencahayaan bagi memudahkan pemain dan menambah gaya, serta pembesar suara dari Bang & Olufsen. Tidak cukup dengan itu, laptop ini juga mempunyai fungsi pengecasan pantas HP Fast Charge, dengan bateri yang boleh bertahan sehingga 8 jam. 

HP OMEN – Laptop Gaming Bagi Mereka Yang Serius Gaming

Membezakan OMEN 16 dengan Victus 16 adalah OMEN 16 merupakan laptop gaming yang disasarkan pada mereka yang benar-benar serius dalam dunia gaming. Ini kerana ia mempunyai lebih banyak fungsi, disamping prestasi yang lebih tinggi. Malah perbezaan ketara pada papan kekunci berlampu RGB pada HP OMEN 16 ini, meletakkan laptop ini ditahap yang tinggi yang HP tawarkan.

HP OMEN 16 ini dikuasakan oleh cip pemprosesan AMD Ryzen 7-5800H dan juga kad grafik Radeon RX 6600M GPU. Kad grafik ini juga dapat memberikan 15% prestasi lebih pantas berbanding siri terdahulu menggunakan fungsi pada GPU yang dipanggil sebagai Smart Access Memory. Malah ia mempunyai ruang pengudaraan yang besar, dinamakan OMEN 16 Tempest Cooling yang menjamin tiadanya gangguan prestasi sewaktu sesi gaming yang memakan masa berjam lamanya. 

Seterusnya HP OMEN 16 turut dilengkapi dengan paparan FHD 16.1 inci dan turut menawarkan kadar segar semula yang  lebih pantas, iaitu 144Hz. Pada kelajuan ini, grafik yang dihasilkan semestinya sangat memberikan kepuasan kepada pemain sewaktu sesi gaming dan kualiti visual yang sangat baik ini disempurnakan dengan kualiti audio berkualiti dari Bang & Olufsen. 

Kesemua spesifikasi dan prestasi ini berkebolehan untuk beroperasi sehingga berjam lamanya, dan jika kehabisan bateri, HP OMEN 16 ini menyokong pengecasan pantas. Dalam masa 45 minit pengecasan, kapasiti bateri dapat dipenuhi sehingga 50% sekaligus membolehkan anda bermain dimana sahaja anda berada. 

OMEN Gaming Hub Menyempurnakan HP Victus 16 & HP OMEN 16

Untuk kedua-dua HP Victus dan OMEN 16, kesemua spesifikasi ini turut dibantu oleh aplikasi OMEN Gaming Hub. Aplikasi ini merupakan gabungan pelbagai fungsi, yang bukan sahaja boleh membantu anda mengawal prestasi, malah turut mempunyai fungsi Oasis yang boleh digunakan sebagai tempat bersembang dengan rakan pemain yang lain. Bagi menambah kecekapan Oasis, terdapat kamera HD HP Wide Vision 720p serta dua mikrofon memudahkan anda berbual pada kualiti yang tinggi. 

Ia turut mempunyai paparan pemuka yang membolehkan anda melihat semua status penting sewaktu sesi gaming seperti suhu CPU, GPU, ketersediaan RAM dan anda juga boleh memilih jika inginkan prestasi yang lebih. 

Dengan aplikasi OMEN Gaming Hub juga, ia membolehkan pemilik HP OMEN 16 menukar tetapan warna RGB pada papan kekunci sekaligus membantu anda bermain dengan cekap dan persis disamping memberikan lebih identiti dan gaya anda pada laptop gaming ini 

Dan akhir sekali perkara yang penting untuk anda adalah sambungan internet yang stabil sewaktu bermain. Kedua-dua HP Victus 16 dan OMEN 16 mempunyai Wi-Fi 6 (2×2) dan juga Bluetooth 5.2, yang menjamin penghantaran data lebih laju berbanding kebiasaan Wi-Fi 5.3. 


Satu lagi kelebihan untuk membeli laptop ini dari HP adalah jenama serta sokongan jaminan yang ditawarkannya di Malaysia. Kedua-dua laptop gaming HP ini ditawarkan pada harga yang sangat berbaloi jika dibandingkan dengan spesifikasi yang unggul. HP Victus 16 ditawarkan pada harga RM 3,999 manakala HP OMEN 16 pula ditawarkan pada harga RM 6,399. Diharap kini anda boleh membuat keputusan laptop gaming HP yang sesuai untuk anda.

Dan untuk tempoh terhad, anda juga akan menerima kredit e-wallet bernilai RM100 untuk pembelian HP OMEN 16 dan kredit e-wallet bernilai RM 80 untuk pembelian HP Victus 16.

Penafian: Advertorial dari HP Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami