Huawei Petal Maps 2.0 Dilancarkan Dengan Ciri Panduan Lorong Dan Penggunaan Luar Talian

Diterbitkan pada Nov 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun lalu Petal Maps dilancarkan oleh Huawei sebagai sistem pemetaan serta navigasi natif untuk peranti keluaran mereka. Ia cuba memberikan persaingan kepada Google Maps, dan Waze tetapi masih mempunyai beberapa kekurangan. Hari ini Petal Maps 2.0 telah dilancarkan secara rasmi dengan beberapa ciri yang membuatkannya semakin berguna.

Ciri pertama ialah sokongan panduan lorong yang betul. Ini amatlah membantu apabila bertemu dengan persimpangan yang mempunyai lebih daripada satu lorong. Sistem navigasi mungkin menjadi mengelirukan jika hanya mengatakan kepada pengguna untuk belok ke kiri. Panduan lorong menunjukkan lorong sebenar yang perlu diikuti oleh pemandu.

Seterusnya ialah ciri peta luar talian yang membolehkan Petal Maps 2.0 digunakan tanpa sambungan Internet atau ketika sambung Internet adalah lemah. Peta luar talian kini diaktifkan kepada pengguna di Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Ciri ini kemudiannya akan dikembangkan lagi kepada pengguna di APAC secara berperingkat.

Selain itu penambahbaikan juga dilakukan pada antaramuka dengan kontras warna lebih terang antara jalan raya dan tumbuh-tumbuhan. Sistem mata yang boleh dikumpul juga diperkenalkan yang boleh dijadikan sebagai ganjaran. Pengguna peranti Huawei boleh memuat turun Petal Maps 2.0 menerusi App Gallery sekarang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami