Ujian Terkini Pil Molnupiravir Menentang Covid-19 Oleh Merck Menunjukkan Kadar Keberkesanan Yang Lebih Rendah

Diterbitkan pada Nov 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dalam ujian klinikal awal yang dilakukan oleh Merck ke atas pil Molnupiravir yang merawat pesakit Covid-19, ia didapati dapat mengurangkan kadar hospitalisasi dan kematian sehingga 50%. Data ujian klinik terkini fasa 3 Molnupiravir telah diterbitkan dan nampaknya kadar keberkesanannya lebih rendah apabila diberikan kepada sampel yang lebih besar.

Ujian ini terdiri daripada 1,433 peserta dengan 9.7% dalam kumpulan plasebo memerlukan hospitalisasi atau mati sementara dalam kumpulan yang mengambil Molnupiravir ia hanya melibatkan 6.8%. Secara keseluruhan 9 kematian dicatatkan dalam kumpulan plasebo dan hanya satu kematian dalam kumpulan Molnupiravir. Ini bermakna kadar keberkesanan Molnupiravir hanyalah 30% dalam ujian akhir ini.

Malaysia adalah antara negara terawal yang memesan pil Molnupiravir dari Merck bagi merawat pesakit selepas mereka dijangkiti virus Covid-19. Molnupiravir ialah ubat antiviral yang memperkenalkan kesilapan dalam proses replikasi virus yang menyebabkan jumlahnya tidak bertambah dalam tubuh pesakit Covid-19. Proses mutegenesis maut ini menyebabkan jumlah virus berkurangan di dalam tubuh sekaligus membuatkan ia tidak akan menyebabkan simptom yang teruk muncul pada tubuh pesakit.

Sumber Merck

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami