Jack Dorsey, CEO Twitter kini dilaporkan bakal meletakkan jawatan. Pengumuman berkaitaan dengannya dijangka akan dilakukan dalam masa terdekat.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi siapakah yang akan menggantikan Jack Dorsey. Sebelum ini, Jack Dorsey telah mengambil-alih jawatan CEO Twitter sejak 6 tahun yang lepas, pada September 2015.
Selain jawatan CEO Twitter, beliau juga turut memegang jawatan CEO Square – salah satu syarikat yang terkenal dengan penawaran perkhidmatan melibatkan kewangan.
Jack Dorsey juga sedia menekankan berkenaan kriptowang, dan telah melakukan integrasi kriptowang pada Twitter, disamping turut telah menjual NFT untuk Tweet pertama beliau pada harga hampir RM2 juta sebelum ini.