Jack Dorsey Sah Meletakkan Jawatan CEO Twitter – Parag Agrawal Akan Mengambil-alih Jawatan Serta-Merta

Diterbitkan pada Nov 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejam yang lalu, kami melaporkan bahawa terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa Jack Dorsey akan meletakkan jawatan beliau sebagai CEO Twitter. Terkini, beliau telah menciap sendiri dan mengesahkan perkara tersebut melalui sebuah kenyataan yang dikeluarkan untuk para pekerja di syarikat media sosial tersebut.

Jack Dorsey akan meletakkan jawatannya sebagai CEO Twitter hari ini, dan jawatan tersebut akan diambil-alih oleh Parag Agrawal, iaitu CTO syarikat tersebut secara serta-merta.

Parag Agrawal merupakan Ketua Pegawai Teknologi syarikat tersebut, dan Jack merasakan bahawa beliau kini berada dalam posisi yang terbaik untuk memajukan platform media sosial tersebut. Ini tidak mengejutkan khususnya apabila kita lihat tentang betapa banyak penambah-baikan yang telah diperlihatkan pada platform Twitter dalam masa beberapa bulan ini, khususnya dengan Twitter API 2.0.

Jack turut mengatakan bahawa beliau akan mengekalkan posisinya dalam badan pengarah syarikat tersebut untuk membantu CEO baru membiasakan dirinya dengan kedudukan baru. Ia dijangka bahawa menjelang bulan Mei tahun 2022 kelak, Jack akan meninggalkan kedudukannya sebagai salah seorang pengarah syarikat tersebut.

komen


© Amanz / 2022 Kami