Facebook (Meta) telah mengumumkan pengambil-alihan platform GIF popular, Giphy pada tahun lepas. Namun, sehingga kini ia masih menantikan pengesahan pihak berkuasaa.
Terbaru, menurut laporan Financial Times, pihak berkuasa UK dijangka akan menghalang pengambil-alihan Giphy oleh Meta.
Pihak berkuasa dijangka akan menggunakan alasan yang mana pengambil-alihan ini akan mengurangkan persaingan dari segi penyedia pengiklanan secara atas-talian. Pada masa yang sama, Facebook dijangka menerima kelebihan berbanding platform lain yang menggunakan Giphy, termasuk TikTok daan Snapchat.
Sebelum ini, ia sedia diperkatakan yang mana Giphy merupakan antara platform carian yang popular di dunia, dan mempunyai jutaan pengguna setiap hari. Facebook sebelum ini menyasarkan untuk mengintegrasikan Giphy dengan lebih menyeluruh pada aplikasi-aplikasi mereka, termasuk Instagram, Messenger da WhatsApp.