Realme GT 2 Pro Disahkan Sebagai Telefon Paling Premium Realme – Gambar Tertiris

Diterbitkan pada Nov 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme sedia menawarkan beberapa peranti dengan spesifikasi tinggi pada hari ini. Menariknya, bergerak ke tahun 2022, kini pihak Realme mengesahkan bakal hadir dengan Realme GT 2 Pro, dan mengatakan ia adalah telefon mercu paling premium daripada Realme.

Selari dengan perkongsian pihak Realme, gambar awal untuk telefon pintar berkenaan turut tertiris ke arena web melalui 91Mobiles.

Melalui gambar yang diperlihatkan, ia menyertakan rekaan bar melintang pada bahagian atas untuk menyertakan kamera – dilihat sedikit mengambil inspirasi daripada Nexus 6P.

Mengikut spekulasi Realme GT 2 Pro dijangka hadir denga cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen1 yang terkini, selain turut dijana dengan skrin pada kadar segar semula 120Hz, memori LPDDR5 RAM, serta sokongan pengecasan pantas 125W.

Dengan penyertaan pelbagai ciri mercu ini, ia juga dijangka membawa harga jualan tinggi – yang akan membuatkan Realme berekseperimen dengan penerimaan orang ramai terhadap peranti berharga mahal daripada mereka.

komen


© Amanz / 2022 Kami