Cari @ Amanz

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini mengumumkan pengenalan aplikasi dinamakan TAS (Tasdiq Al-Syahadah) yang boleh digunakan oleh para majikan atau sesiapa dalam mengenal-pasti kesahihan dan ketulenan sijil akademik yang dikeluarkan oleh universiti berkenaan.


Pengenalan aplikasi ini turut dijayakan dengan penggunaan teknologi rantaian-blok. Langkah ini dijangka akan dapat mencegah penipuan ijazah palsu, dan pada masa yang sama menjaga reputasi dan integrisi sijil akademik universiti berkenaan.

Semakan maklumat untuk skrol digital dikatakan hanya boleh dibuat ke atas graduan yang telah memberikan kebenaran kepada aplikasi TAS USIM bagi tujuan perkongsian maklumat.

Untuk para majikan, anda boleh memuat-turun aplikasi TAS USIM bermula hari ini di Google Play Store, atau turut menggunakan versi web TAS USIM yang dijangka diperkenalkan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd