Ini Adalah GIF Paling Popular Untuk Tahun 2021 Menurut GIPHY

Diterbitkan pada Nov 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

GIPHY merupakan salah satu platform yang terkenal dengan penawaran GIF, dan ia turut diintegrasikan pada sejumlah perkhidmatan sosial dalam memudahkan pengguna mengintegrasikan GIF pada perkongsian mereka.

Terbaru, hari ini, GIPHY telah mengeluarkan senarai 10 GIF paling popular sepanjang tahun 2021 ini.

Pada tangga pertama adalah GIF daripada siri The Office, yang lebih kepada memperlihatkan dan memudahkan pengguna mengekspresi kebosanan.

Pada tangga kedua adalah GIF daripada animasi “Tom and Jerry”, yang lebih kepada memperlihatkan keletihan.

GIF paling popular ketiga adalah daripada “The Great British Bake Off” yang digunakan ramai dalam mengekspresi kejutan atau meminta maaf.

GIF daripada animasi Pokemon menduduki tangga ke-4 dengan memperlihatkan perasaan sedih. Dan pada tangga ke-5 adalah kenyit mata daripada Disney+.

Bagi anda sendiri, apakah GIF yang paling anda gemari untuk tahun 2021 ini?

komen


© Amanz / 2022 Kami