Syarikat Telekomunikasi Eropah Mahu Syarikat Teknologi A.S Membayar Kos Menggunakan Rangkaian

Diterbitkan pada Nov 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apa yang berlaku semasa pandemik ialah peningkatan penggunaan Internet selepas orang ramai dipaksa berkurung di rumah bagi menurunkan lekuk. Akibatnya syarikat seperti YouTube dan Netflix mengurangkan kualiti penstriman video bagi mengurangkan beban ke atas rangkaian yang mahal. Oleh itu menurut laporan Reuters, kini syarikat-syariat telekomunikasi di Eropah ingin syarikat teknologi Amerika Syarikat membayar sebahagian kos menggunakan rangkaian Internet.

Penstriman Video

Ketua pegawai eksekutif Vodafone, Deutsche Telekom dan 11 lagi syarikat telekomunikasi utama Eropah ingin syarikat teknologi membayar kos membangunkan rangkaian yang diperlukan oleh pelanggan. Kos naik taraf ke 5G yang tinggi menjadi antara sebab mengapa buat pertama kalinya permintaan ini dilakukan.

Walaupun syarikat teknologi tidak dinamakan dalam dokumen yang diberikan, ia besar kemungkinan adalah syarikat besar seperti Meta, Google dan Netflix yang paling banyak menggunakan lebar jalur rangkaian Internet di benua tersebut. Sebelum ini penyedia Internet di Korea Selatan menyaman Netflix selepas berlaku peningkatan trafik disebabkan siri Squid Game.

komen


© Amanz / 2022 Kami