TM Janji Baik-Pulih Sambungan Unifi Dalam 24 Jam Dari Tempoh Aduan, Atau Beri Rebat RM50

Diterbitkan pada Nov 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telekom Malaysia hari ini mengumumkan janji baharu dalam memastikan pengalaman yang baik kepada pelanggan mereka. Menurut TM, kini mereka menjanjikan baik-pulih sambungan Unifi yang terganggu dalam tempoh 24 jam dari aduan dilakukan pengguna.

TM mengatakan ini adalah komitmen pertama yang dilakukan dalam industri ini, dan sekiranya mereka gagal memenuhi kriteria ini, TM akan memberikan rebat sebanyak RM50 kepada pelanggan berkenaan melalui aplikasi MyUnifi.

Pengenalan komitmen baharu ini adalah efektif daripada hari ini, 30 November 2021, dan tertakluk kepada pelanggan pakej 100Mbps dan ke atas.

Buat masa ini, komitmen ini melibatkan downtime dan juga masalah sambungan. Ia belum meliputi masalah berkaitan prestasi (kelajuan rangkaian dan sebagainya). Namun, TM menyasarkan akan dapat meliputi ia pada masa akan datang.

TM mengatakan pelanggan yang tertakluk dibawah perkhidmatan dan janji perkhidmatan baharu ini akan menerima notifikasi melalui SMS dan aplikasi myUnifi.

Layari : Unifi Cares

komen


© Amanz / 2022 Kami