Carian
NFT Kapal Pesiar Maya Dijual Pada Nilai Mencapai RM2.8 Juta Di The Sandbox
November 30, 2021 Aman

The Sandbox merupakan salah satu dunia permainan maya yang semakin popular dari hari ke hari, yag turut mengintegrasikan teknologi rantaian-blok dan juga NFT. Pelbagai jenama sedia menyatakan sokongan untuk The Sandbox, termasuk Adidas dan beberapa yang lain.

Selari dengan popularitinya, objek maya yang dijual secara NFT pada The Sandbox turut mencapai nilai harga jualan yang tinggi.

Terbaru, salah satu kapal pesiar maya dijual pada nilai 149 ETH, iaitu sekitar RM2.8 juta – menjadikan ia antara aset paling mahal pernah dijual dalam bentuk NFT di The Sandbox. Anda sendiri boleh melawat kapal pesiar ini dalam bentuk 3D pada laman OpenSea.

Kapal pesiar maya ini adalah sebahagian daripada koleksi yang ditawarkan oleh Republic Realm di The Sandbox.

Dengan peningkatan barangan yang dijual secara maya ini, tidak mustahil kita melihat barang-barang berharga lebih mahal dijual melaluinya dalam bulan-bulan akan datang.

Komen