Carian
MOSTI Melancarkan Inisiatif Kenderaan Swapandu – NAVi
November 30, 2021 Aman

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi haari ini telah melancarkan Inisiatif Kenderaan Autonomi  NanoMalaysia yang dinamakan NAVi.

Melaluinya, kenderaan autonomi atau swapandu tahap 4 dibangunkan, membolehkan kenderaaan bergerak tanpa pemandu. Ini dijayakan melalui teknologi terkini serta sejumlah sensor yang diuruskan melalui sistem khas untuknya.

Langkah ini juga dilihat dapat menangani kadar dan puncaa kemalangan dalam negara yang semakin meningkat. Dengan mencapai autonomi tahap 4, ia membolehkan kenderaan bertindak-balas dengan cekap dalam menangani gangguaan tumpuan dan refleks pemandu yang terhad.

Ia diperkatakan yang mana NAVI dicipta sebagai persediaan untuk sektor pengangkutan dan automotif Malaysia.

NAVI kini sedang menjalani fasa ujian di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil. Laluan jalan raya sepanjang 12km dalam Fasa 1 hingga Fasa 3 TPM dijadualkan akan mmenjadi laluan yag diluluskan di bawah rangka kerja makmal amali Hab Inovasi Antarabangsa TPM.

Ia turut dikatakan yang mana dalamm menyokong pembangunan penyelesaian kenderaan swapandu, infrastruktur seperti tanda jalan, papan tanda, pusat arahan da sambungan 5G kini sedang dibina.

Komen