Apple kini diramalkan bakal mengatasi Samsung dari segi pegangan pasaran telefon pintar pada suku ke-4, 2021 ini. Hal ini selari dengan permintaan iPhone bersempena dengan pengenalan iPhone baharu, disamping kawalan dan pengurusan bekalan komponen yang baik oleh Apple.
Samsung yang dilihat terjejas dengan pengeluaran disebabkan oleh kekangan bekalan semikonduktor, dijangka akan menduduki tangga kedua pasaran pada suku ke-4, 2021 ini. Menurut data ramalan yang dikeluarkan TrendForce, Apple dijangka menerajui pasaran dengan pegangan 23.2%, sementara Samsung dengan pegangan 19.4%.
Oppo pula dilihat menduduki tangga ketiga dengan 13.9%, mengatasi Xiaomi ditangga keempat denga pegangan 12.7%. Data Oppo dihimpunkan bersama sub-jenama mereka, Realme dan juga OnePlus – yang masing-masing, terutamanya Realme agak agresif dalam pemasaran telefon pintar mereka.
Buat masa ini, ia hanya sekadar data ramalan awal, dan kita akan dapat melihat data akhir untuk suku ke-4 2021 ini pada awal tahun 2022 kelak.