Cari @ Amanz

Omicron ialah perkataan yang disebut-sebut berbilion manusia di bumi selepas ia ialah nama yang digunakan untuk varian terkini Covid-19 yang ditemukan oleh saintis di Afrika Selatan. Setakat ini kes melibatkan Omicron telahpun dilaporkan di UK, Jepun, Eropah dan Hong Kong. Sejurus selepas varian dikenalpasti, Pfizer dan Moderna terus memulakan pembangunan vaksin mereka dengan formulasi yang dapat menentangnya.

Pfizer

Formulasi vaksin yang dihasilkan sebelum ini didapati mujarab menentang varian Alpha, Beta dan Delta. Pfizer dan Moderna yang mengeluarkan vaksin dari jenis mRNA membangunkan formulasi baharu sebagai langkah berjaya-jaya sekiranya Omicron adalah lebih berbahaya sehingga menyebabkan vaksin sedia ada tidak begitu mujarab.

AstraZaneca dan Johnson & Johnson pula mengesahkan mereka sedang melalukan ujikaji untuk melihat sama ada vaksin mereka berkesan menentang Omicron berdasarkan data yang dikumpul di Africa.

Pada waktu ini Omicron ialah vaksin dalam perhatian oleh WHO kerana masih tidak diketahui sejauh manakah kadar jangkitan dan kesannya ke atas pesakit berbanding varian-varian terdahulu.

Sumber BBC

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd