Vivo Y55 5G Mungkin Dilengkapi Cip MediaTek Dimensity 700

Diterbitkan pada Dis 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo kini dalam perancangan untuk pengenalan model baharu lagi di bawah siri Y. Dikenali sebagai Vivo Y55 5G, peranti ini telah ditemui tersenarai di penanda aras Geekbench dengan kod nama Vivo V2127. Seperti biasa, penyenaraian sudah pastinya akan mendedahkan sedikit sebanyak maklumat berkaitan spesifikasi berserta kutipan markah penanda aras.

Ia menunjukkan peranti akan dijana oleh cip dengan kod nama ARM MT6833V / ZA yang mana berkait rapat dengan MediaTek Dimensity 700. Selain daripada itu, ia turut dipadankan dengan memori 8GB RAM dan menjalankan sistem operasi Android 12. Dari segi antara muka pula, ia besar kemungkinan akan dilengkapi OriginOS untuk pasaran China. Sementara itu, pasaran global pula akan menyokong FunTouchOS.

Seterusnya, kutipan markah pula menunjukkan peranti berjaya mengutip sebanyak 430 mata untuk ujian teras tunggal. Sementara itu, markah untuk ujian pelbagai teras pula sebanyak 1438 mata. Seperti namanya, peranti ini juga akan dilengkapi sokongan 5G secara terbina. Buat masa ini, tiada sebarang informasi berkaitan tarikh pelancaran peranti yang diketahui.

Sumber : Gizmochina

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami