Xiaomi 11i HyperCharge Adalah Telefon Mampu Milik Dengan Pengecasan 120W

Diterbitkan pada Dis 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi dilihat akan melancarkan Xiaomi 11i HyperCharge tidak lama lagi khusus untuk pasaran India. Peranti ini dikatakan adalah Redmi Note 11 Pro 5G dan Redmi Note 11 Pro+ 5G yang dijenamakan semula, dan akan hadir dalam pilihan warna Camo Green atau Stealth Black.

Peranti ini dikatakan akan mempunyai skrin 6.67-inci IPS LCD 120Hz, dijana cip Dimensity 920, memori 8GB RAM LPPDR4x dan 128GB UFS 3.1 storan dalaman. Nama HyperCharge sudah semestinya untuk sistem pengecasan yang digunakan iaitu Xiaomi HyperCharge 120W yang ada pada Xiaomi 11T Pro sebelum ini.

Kuasa 120W ini akan mengecas bateri 4500mAh peranti yang menjalankan MIUI 12.5 berasaskan Android 11. Peranti ini dikhabarkan akan menggunakan konfigurasi tri-kamera 108+8+2 Megapixel bersama dengan 16MP kamera swafoto. Ia juga akan hadir dengan pembesar suara stereo dan dijual pada harga mampu milik.

komen


© Amanz / 2022 Kami