Moto Edge X30 Akan Dilancarkan Pada 9 Disember – Dilengkapi Snapdragon 8 Gen 1

Diterbitkan pada Dis 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Snapdragon 8 Gen 1 akhirnya telah diumumkan secara rasmi. Ia merupakan cip berteknologi 4nm dan hadir dengan kelajuan peningkatan lebih baik berbanding Snapdragon 888+ sebelum ini. Selain daripada Xiaomi dan Realme, Motorola juga adalah salah pengeluar yang bakal hadir dengan peranti bersama janaan cip berkenaan.

Melaluinya, mereka bakal memperkenalkan Moto Edge X30 dan acara pelancarannya telah dijadualkan berlangsung pada 9 Disember ini. Tidak banyak yang diketahui mengenainya tetapi peranti ini dikatakan hadir degan sokongan panel Gorilla Glass di bahagian depan dan belakang, cip pemprosesan serba baharu dan menjalankan versi terkini My UX 3.0.

Spekulasi awal turut mendakwa ia adalah sebuah peranti dengan sokongan skrin OLED dengan kadar segar semula 144Hz. Di samping itu, ia juga dilengkapi pengimbas cap jari pada skrin untuk tujuan sekuriti. Sistem tri- kamera dengan tetapan 50MP + 50MP + 2MP turut akan disertakan padanya. Tidak ketinggalan, ia juga mungkin menggunakan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan dengan kuasa output 68W.

Sumber : Weibo

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami