Aplikasi YouTube Untuk Android Menguji Rekaan Butang Material You

Diterbitkan pada Dis 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

YouTube kini telah menjadi aplikasi penstriman video yang padat dengan banyak fungsi dan ciri video, lebih-lebih lagi ciri seakan TikTok memberi peluang baru kepada pencipta kandungan baru dan mereka yang baru ingin menjadi penggalak media sosial.

Aplikasi YouTube terkini dilihat sedang menguji penggunaan antaramuka baharu. Rekaan ini diambil terus daripada rujukan rekaan rasmi Material You oleh Google. Google nampaknya ingin selaraskan rekaan aplikasi dengan erkaan baharu yang ditawarkan pada Android 12.

Antaramuka ini dilihat tidak banyak pun perubahan kecuali pada butang-butang. Semua yang penting dilihat kini berada dalam butang berbentuk bujur dan menggunakan rekaan bergaris (outlined). Ia masih ditawarkan kepada golongan kecil pengguna dan tidak pasti bila ia akan ditawarkan kepada semua atau terhad kepada Android 12 sahaja.

komen


© Amanz / 2022 Kami