Carian
Tesla Kini Menjual Wisel Pada Harga RM210
December 1, 2021 Aman

Jikalau Apple mempunyai penawaran berupa sebuah kain lap, kini Tesla turut hadir dengan produk sampingan mereka, sebuah wisel.

Dinamakan Tesla Cyberwhistle, ia ditawarkan pada harga $50, iaitu sekitar RM210 mengikut tukaran mata wang semasa.

Rekaan wisel ini mengambil inspirasi Cybertruck, dan hadir dengan bungkusan yang premium. Elon Musk sendiri mempromosikan wisel ini, dan mengatakan daripada membeli kain lap Apple, pengguna boleh membeli wisel Tesla ini.

Walaupun berharga agak tinggi, wisel ini dilihat telah kehabisan stok buat masa ini. Mungkin ramai yang membelinya

Komen