Cari @ Amanz

Apple kini telah mengeluarkan senarai lagu paling popular pada platform penstriman mereka, Apple Music. Menurut Apple, pada peringkat global, lagu paling popular sepanjang tahun 2021 ini adalah daripada Dynamite daripada kumpulan penyanyi BTS.

Data ini adalah berdasarkan kepada apa yang distrim di Apple Music antara 16 Oktober 2020 sehingga 15 Oktober 2021 lepas.

Selain Dynamite, antara lagu lain yang turut popular adalah Drivers License (Olivia Rodrigo), Positions (Ariana Grande), For The Night (Pop Smoke), dan juga Binding Lights (The Weeknd).

Dengan perkongsian ini, Apple Music turut menyediakan senarai main khas untuk para pengguna mendengar lagu-lagu popular ini.

Disamping itu, untuk pasaran Malaysia, lagu yag paling popular adalah At My Worst (Pink Sweat$), Heartbreak Anniversary (GIVEON), Drivers License (Olivia Rodrigo).

Lagu artis tempatan turut memasuki senarai muzik popular pada tahun ini, termasuk antaranya adalah “Teman” (Iman Troye), “Purnama” (Naim Daniel) dam “Mimpi” (Haqiem Rusli).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd