Cari @ Amanz

Akhir-akhir ini, terdapat lambakan saluran Telegram baharu memfokuskan pelaburan dan kriptowang yang hadir, malah mereka turut menambah pengguna ke saluran masing-masing secara automatik tanpa kebenaran seseorang pengguna.

Ini sekaligus membawa pengguna terdedah kepada penipuan, dan berisiko menjadi mangsa scam kewangan.

Selari dengannya, kini Luno mengeluarkan amaran dan meminta pengguna berhati-hati ketika berinteraksi dengan saluran di Telegram. Luno mengeluarkan amaran ini, memandangkan terdapat sejumlah saluran dan Telegram Group yang menggunakan nama mereka dalam melakukan penipuan dan sebagainya.

Pada masa yang sama, SC juga turut kini menyenaraikan entiti Luno Trading sebagai entiti yang cuba meniru identiti Luno, dan mendapatkan pengguna tempatan melabur pada mereka dengan menjanjikan pulangan yang tinggi.

Orang ramai diminta berhati-hati dengan pelbagai saluran, dan memastikan anda sentiasa berinteraksi dengan saluran rasmi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd