Huawei Lebih Memfokuskan Arena Kecergasan Dan Kesihatan – Membuka Huawei Health Lab Terbesar

Diterbitkan pada Dis 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei kini dilihat mempelbagaikan pelaburan mereka, termasuk mengutamakan kepada arena kecergasan dan kesihatan. Pada hari ini, Huawei sedia menawarkan jam tangan pintar dengan ciri-ciri kecergasan dan kesihatan, dan ia dijangka akan diperluaskan lagi pada masa akan datang melalui pelaburan berterusan Huawei pada arena berkenaan.

Terbaru, Huawei telah membuka Huawei Health Lab terbesar mereka di Dongguan, China. Makmal kesihatan khas ini meliputi kawasan seluas 4680 meter persegi, dan akan menyokong lebih 40 jenis ujian berkaitan kesihatan untuk tujuan kajian dan penyelidikan.

Pelbagai kajian ini dijangka akan diimplementasi dan ditawarkan melalui produk pintar dengan fokus kecergasan dan kesihatan kepada pengguna.

Pada hari ini, peranti kecergasan Huawei sedia menyokong lebih 100 mod latihan, selain mana ketirisan baru memperlihatkan Huawei bakal hadir dengan peranti yang boleh mengesan kadar tekanan darah.

Dengan pelaburan berterusan Huawei ini, kita mungkin melihat lebih banyak produk dan perkhidmatan menarik daripada Huawei. Huawei sendiri mengatakan mereka mempunyai lebih 83 juta pengguna aktif bulanan untuk aplikasi Huawei Health.

komen


© Amanz / 2022 Kami