Twitter Kini Mengharamkan Perkongsian Video Dan Gambar Peribadi Tanpa Kebenaran

Diterbitkan pada Dis 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di Twitter kita kerap melihat perkongsian video peribadi dari pihak ketiga tanpa kebenaran tuan punya badan. Apabila sudah tular, kesipuan berlaku kerana si pekongsi tidak mempedulikan impak tindakan mereka semata-mata untuk sekelumit populariti. Menyedari masalah ini, Twitter telah mengemaskini terma dan syarat penggunaan laman hari ini untuk mengharamkan perkongsian gambar serta video peribadi tanpa kebenaran.

Twitter Fleets

Sekiranya laporan diterima, Twitter akan memadam media yang dikongsi. Pengguna yang memuat naik akan diberikan amaran untuk memadam. Tindakan lanjut dalam bentuk shadow ban atau menggantung akaun turut akan dilakukan bergantung kepada keseriusan kesalahan dilakukan. Hukuman turut akan dikenakan kepada pengguna yang menggalakkan perkongsian kandungan yang diharamkan.

Kelonggaran diberikan sekiranya video atau imej yang dikongsi adalah untuk kebaikan atau mengandung unsur berita. Ini mungkin dalam bentuk mendedahkan video jenayah yang dilakukan misalnya

komen


© Amanz / 2022 Kami