ASUS Zenbook 14 Flip OLED Dan ASUS Zenbook 14X OLED Dikuasakan CPU AMD Dan Intel Diperkenalkan Untuk Pasaran Tempatan

Diterbitkan pada Dis 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa minggu yang lalu, ASUS telah melancarkan siri komputer riba Vivobook OLED untuk golongan kreatif profesional yang memerlukan komputer riba dengan kemampuan untuk mengolahkan warna dengan tepat sekali. Bagi mereka yang mahukan pilihan komputer yang lebih premium, ASUS Malaysia kini menawarkan siri komputer riba ASUS Zenbook OLED yang bukan sahaja hadir dengan spesifikasi berkuasa dan paparan dengan olahan warna yang jitu, tetapi juga rekaan yang lebih unik.

Bermula dengan ASUS Zenbook 14 Flip OLED, komputer riba ini merupakan sebuah komputer riba boleh-lipat yang dilengkapi dengan sebuah paparan skrin OLED NanoEdge bersaiz 14 inci dengan resolusi 4K dan hadir dengan nisbah paparan 16:10 yang lebih tinggi untuk memberi pengguna lebih banyak ruang untuk bekerja.

Dari segi spesifikasi, Zenbook 14 Flip OLED ini dilengkapi oleh pilihan CPU Intel Core i7-1165G7 generasi ke-11 Rocket Lake ataupun siri CPU AMD Ryzen 7 5800H yang terbaru, memori DDR4 sebanyak 16GB dan storan SSD 512GB untuk kedua-dua model ini.

Sama seperti komputer riba boleh-lipat yang lain, Zenbook 14 Flip OLED ini boleh digunakan dalam pelbagai cara, sebagai sebuah komputer riba tradisional, tablet yang memanfaatkan paparan skrin boleh-sentuh, ataupun secara khemah dimana anda boleh melihat kandungan tanpa perlu melihat bahagian papan kekunci.

Bercakap mengenai tablet, Zenbook 14 Flip OLED ini juga hadir dengan pena stylus yang mempunyai 4096 titik tekanan yang membolehkan artis untuk mendapatkan garisan yang hadir dengan pelbagai jenis ketebalan, menjadikan komputer riba ini sebagai sebuah kanvas yang unik.

Bagi mereka yang mahukan sebuah komputer riba yang lebih tradisional, ASUS Zenbook 14X OLED mungkin untuk anda. Dilengkapi dengan paparan OLED NanoEdge bersaiz 14 inci, ia juga hadir dengan resolusi 2880×1800 dengan nisbah paparan 16:10 yang lebih tinggi juga.

Komputer riba ini dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i7-1165G7 dan Intel Core i5-1135G7 dengan memori DDR4 sehingga 16GB, storan SSD NVMe 512GB dan juga kad grafik NVIDIA GeForce MX450.

Satu keunikan yang hadir pada komputer riba ini ialah ia menggunakan panel ASUS ScreenPad pada bahagian pad sesentuh yang secara ringkasnya menjadikan bahagian tersebut sebagai sebuah panel paparan kedua pada komputer riba itu.

ASUS mengatakan bahawa kedua-dua komputer riba ini sudahpun tiba di pasaran tempatan pada tanda harga berikut:

  • ASUS Zenbook 14 Flip OLED (Intel Core i7) – RM6499
  • ASUS Zenbook 14 Flip OLED (AMD Ryzen 7) – RM5499
  • ASUS Zenbook 14X OLED (Intel Core i7) – RM5999
  • ASUS Zenbook 14X OLED (Intel Core i5) –

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami