Grab Perkenal Langganan Bulanan GrabUnlimited Dengan Harga Pengenalan 1sen

Diterbitkan pada Dis 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Grab hari ini telah memperkenalkan GrabUnlimited dalam bentuk langganan bulanan, membolehkan pengguna menikmati sejumlah diskaun dan baucar untuk GrabFood dan juga GrabMart.

Ditawarkan pada harga langganan pengenalaan, GrabUnlimited berharga 1 sen sebulan, dan harga normalnya adalah RM9.90 sebulan. Grab mengatakan ia menawarkan penjimatan sehingga RM400 kepada pengguna. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sehingga bilakah harga diskaun ini ditawarkan.

Daripada penyenaraian GrabUnlimited, ia menawarkan baucar diskaun 50% sebanyak 8 kali untuk pembelian minima RM25, penghantaran percuma, dan baucar GrabMart, dan beberapa penawaran lagi – amat sesuai untuk pengguna aktif GrabFood dan GrabMart.

Buat masa ini, Grab menawarkan GrabUnlimited ini di Kuching, Johor Bahru dan juga Pulau Pinang sahaja.

Bagi anda yang aktif menggunakan Grab, mungkin penawaran ini adalah berbaloi, dan anda akan dapat berjimat lebih dalam pembelian harian anda melalui Grab.

Layari : GrabUnlimited

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami