Senarai Spotify Wrapped 2021 Peribadi Kini Boleh Diakses Dalam Format Stories

Diterbitkan pada Dis 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selamat datang ke bulan Disember dan mengikut tradisi, pengguna Spotify kini boleh mengakses senarai Spotify Wrapped 2021 peribadi mereka. Bagi mereka yang tidak tahu apakah Spotifty Wrapped, ia merumuskan kesemua muzik dan podsiar yang distrim sepanjang tahun menerusi platform penstriman audio nombor satu dunia.

Seperti tahun lalu, Spotify Wrapped 2021 dipaparkan dalam bentuk stories beranimasi setiap satunya unik untuk pengguna mengikut apa yang mereka dengar. Jumlah jam yang dihabiskan, lagu paling banyak distrim, artis paling banyak distrim dan juga podsiar paling banyak distrim turut boleh dilihat sekarang. Kesemua ini kemudiannya boleh dikongsi ke media sosial kegemaran untuk menunjukkan betapa uniknya citarasi muzik peribadi anda.

Jom semak Spotify Wrapped anda sekarang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami