PBB : 2.9 Bilion Orang Masih Tidak Pernah Menggunakan Internet

Diterbitkan pada Dis 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, melalui ITU (Internatioal Telecommunication Union) kini berkongsi menyasarkan sekitar 2.9 bilion orang masih tidak pernah mengakses internet dan melayari web sehingga ke hari ini.

Mengikut angka berkenaan, ia meliputi sekitar 37% penduduki Bumi, dan majoriti besar menetap di negara-negara membangun.

ITU menganggarkan terdapat sekitar 4.9 bilion pengguna internet pada hari ini. Pengguna internet global buat pertama kalinya meningkat 10% disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang memerlukan pelbagai urusan termasuk pembelajaran dilakukan secara atas-talian.

Sejumlah perkara membawa kepada kekangan untuk tidak dapat menggunakan internet, termasuk kemiskinan, tahap pembelajaran, akses ke bekalan elektrik yang terhad, dan juga skil digital yang tidak mencukupi.

Apa pun, ITU menyatakan mereka akan terus berusaha untuk memastikan 2.9 bilion orang lagi akan dapat berhubung, dan tidak meninggalkan sesiapa tertinggal daripada era digital kini.

komen


© Amanz / 2022 Kami