Razer Akan Meningkatkan Harga Jualan Komputer Riba Pada Tahun 2022

Diterbitkan pada Dis 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Min-Liang Tan, CEO kepada Razer kini berkongsi mengaatakan yang mana harga jualan untuk pelbagai komponen kini memperlihatkan peningkatan harga yang tinggi.

Selari dengannya juga, Razer mengatakan mereka melihat harga jualan untuk komputer riba generasi baru akan meningkat pada tahun hadapan, termasuk siri Razer Blade.

Seperti ramai sedia maklum, industri teknologi menghadapi masalah akhir-akhir ini kerana bekalan semikonduktor yang terjejas, membawa kepada had sejumlah produk yang boleh dijual dan dipasarkan.

Masalah bekalan komponen ini dijangka akan berterusan untuk tahun 2022 kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami