Cari @ Amanz

Samsung Galaxy A13 5G akhirnya diumumkan secara rasmi. Ia dikatakan antara peranti dengan sokongan 5G terbina mampu milik dalam portfolio siri A keluaran Samsung. Ia ditawarkan di Amerika Syarikat pada harga $ 249.99 iaitu sekitar RM1,057 untuk sebuah.

Spesifikasi khusus peranti hadir dengan sokongan skrin 6.5-inci LCD beresolusi HD+ (720 x 1600 piksel) dan kadar segar semula 90Hz secara adaptif. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 700, storan dalaman 64GB dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 15W.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 50MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan pula sebesar 5MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – NFC, pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm, menjalankan Android 11 dan lain-lain. Peranti ini akan mula tersedia di Amerika Syarikat bermula Januari 2022, tetapi tiada sebarang maklumat lanjut mengenai ketersediaannya untuk pasaran tempatan.

Sumber : Samsung Mobile

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd