Cari @ Amanz

Pada hari ini, terdapat sejumlah penawaraan gajet dan teknologi yang memudahkan kehidupan harian. Terbaru, dalam memastikan sayur dan buah yang kita basuh benar-benar bersih, Asus menyediakan sebuah peranti khas dinamakan Asus PureGo.

Asus PureGo digunakan selepas anda membasuh dan membersihkan sayur-sayuran serta buah-buahan, seterusnya merendam ia dalam air.

Peranti khas ini menggunakan sinar UV untuk melakukan imbasan dan analisa, seterusnya memberikan keputusan imbasan kepada pengguna melalui sebuah aplikasi khas.

Selain aplikasi, PureGo sendiri hadir dengan sebuah lampu LED khas yang memberikan petanda kebersihan melalui warna paparan sama ada merah atau jingga yang memperlihatkan kurang bersih – dan hijau yang memperlihatkan ia bersih.

Ia dilihat peranti ini lebih ditujukan untuk mengenal pasti racun perosak yang digunakan pada sayur dan buah – dan mampu mengesan sekitar 70% racun perosak yang digunakan di Amerika Syarikat. Ia juga masih mempunyai had untuk jenis sayur dan buah yang disokong.

Buat masa ini, Asus PureGo masih tidak ditawarkan di Malaysia. Bagi anda sendiri, adakah anda akan membelinya sekiranya ditawarkan di Malaysia?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd