Cari @ Amanz

Android TV kerap dikemaskini kepada versi baharu dan proses pembangunannya agak pantas. Cuma entah kenapa ia seakan tidak digemari pengeluar peranti Android TV yang asyik melancarkan produk dengan versi Android TV yang lama.

Majoriti TV sekarang adalah dengan Android TV berasaskan Android 9 lagi dengan hanya segelintir dengan Android 10. Google TV yang lebih baharu pula terhad kepada dongel terpilih dan jenama TV tertentu sahaja, itu pun masih berasaskan Android 10.

Android TV berasaskan Android 11 sudah pun tiba sejak tahun lepas, tetapi sehingga hari ini masih tiada peranti menyokongnya. Terkini, Google telah melancarkan Android TV berasaskan Android 12 pula.

Melaluinya ia menyokong antaramuka 4K secara natif, mampu paparkan grafik lebih tinggi, menyokong lebih banyak format video, indikasi privasi apabila mikrofon dan kamera sedang aktif, dan banyak lagi.

Ia sudah sedia dimuat turun dan dicuba oleh para pembangun. Tiada khabar bila ia akan diedarkan kepada pengguna biasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd