Ini Adalah Senarai Video Dan Kandungan Paling Popular Di Malaysia Sepanjang 2021

Diterbitkan pada Dis 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebagai simbolik kepada tahun 2021 yang bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi, YouTube kini berkongsi senarai tahunan mereka yang memperlihatkan senarai video, kandungan dan saluran paling popular yang telah menarik minat para penonton tempatan.

Melaluinya, siri popular Rindu Separuh Nyawa dilihat menerajui senarai. Kemudian, ia diikuti sketsa spontan Avengers versi Kelantan oleh Syahmi Sazli di tangga kedua dan cabaran Mukbang Mi pedas Dona di tangga ketiga. Senarai penuh adalah seperti di bawah:

  • Rindu Awak Separuh Nyawa
  • Syahmi Sazli – Avengers versi Kelantan
  • Dona – Mukbang Spicy Noodle DONA
  • Aqil Zulkiflee – Aku Beli Mesin Aiskrim
  • Anugerah Juara Lagu 35 | #AJL35
  • PrinceMeed Live!
  • Ammar Nazhan – Rumah Am Masuk Perompak
  • Isa Isarb – Letak RM10,000 Tepi Kereta, Food Panda Curi Atau Tidak?

Untuk kategori video muzik paling popular pula, ia diterajui oleh Reedzwan menerusi lagi Adakah Ini Mimpi. Kemudian, diikuti pula oleh lagu berjudul Mimpi oleh Haqiem Rusly. Senarai penuh adalah seperti di bawah:

  • Reedzwann – Adakah Ini Mimpi
  • Haqiem Rusli – Mimpi
  • Forceparkbois – Lotus
  • Bruno Mars – Leave the Door Open
  • BTS – Butter
  • Iman Troye – Pejam Celik Hari Raya
  • Lisa Blackpink – LALISA
  • Dhee ft. Arivu – Enjoy Enjaami
  • Lia Aziz – Kucu Kuca
  • Rose Blackpink – On The Ground

Untuk tahun ini, kategori pencipta kandungan paling popular pula memperlihatkan gabungan muka-muka baru seperti Ammar Nazhan, Aqil Zulkiflee, Alieff Irfan dan Che Nom. Dalam masa sama, Isa Isarb yang sering berkongsi video eksperimen sosial turut masih tersenarai di tangga kelapan bagi kategori ini. Senarai penuh adalah seperti di bawah:

  • Ammar Nazhan
  • Aqil Zulkiflee
  • Alieff Irfan
  • Che Nom
  • Akiddos
  • Ikhmal Nour
  • Shuib Channel
  • Isa Isarb
  • MiawAug
  • Frost Diomand

Jadi, kesemua video, kandungan dan saluran yang tersenarai di atas adalah antara yang paling popular dengan jumlah kiraan tontonan terbanyak sepanjang tahun ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami