GoCar merupakan salah satu penyedia yang menawarkan langganan kereta di Malaysia. Terbaru, hari ini GoCar turut mengumumkan GoEV yang membolehkan para pengguna melanggan kereta elektrik pada harga bermula RM24.90 sejam.
Buat masa ini, kenderaan yang ditawarkan dibawah GoEV adalah Nissan Leaf sahaja, dan sebanyak 25 unit disediakan di sejumlah lokasi sekitar Lembah Klang.
Setiap langganan juga turut hadir dengan kad chargeEV yang membolehkan pengguna mengecas kenderaan Nissan Leaf di sejumlah lokasi yang disokong di seluruh negara.
Untuk langganan Nissan Leaf melalui GoEV, ia ditawarkan pada harga RM24.90 sejam, atau RM259 sehari. Pengguna juga turut boleh melakukan langganan bulanan pada harga bermula RM2299 sebulan.
Bagi anda yang berminat, boleh melakukan langganan GoEV bermula hari ini melalui aplikasi GoCar di Android dan iPhone.
- Layari : GoCar