Kingston Menawarkan Pemacu Mini Tiger USB Edisi Terhad Bersempena Tahun Harimau 2022

Diterbitkan pada Dis 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menurut zodiak Cina, 2022 merupakan Tahun Harimau, dan bersempena dengan itu, Kingston, jenama pembuat memori dan storan terkemuka telah memperkenalkan pemacu USB edisi terhad mereka, iaitu Kingston Mini Tiger USB yang hadir dengan rekaan harimau yang cukup comel sekali.

Pemacu USB Kingston Mini Tiger ini hadir dengan satu penawaran storan sebesar 64GB, dan hadir dengan rekaan harimau yang cukup comel sekali. Kingston mengatakan bahawa pemacu USB ini hadir dengan sokongan untuk USB 3.2 dan mempunyai kadar pembacaan data 200MB/s dan hadir dengan sokongan untuk pelbagai jenis sistem operasi, termasuklah Microsoft Windows 10, 11 dan MacOS.

Pemacu Kingston Mini Tiger USB ini akan dijual dalam kuantiti yang terhad di pasaran tempatan bermula 13 Disember ini di kedai-kedai pengedar rasmi Kingston dan juga melalui kedai atas-talian rasmi Kingston Malaysia di Shopee dan Lazada kelak. Tanda harga untuk pemacu ini ditetapkan pada RM89.

komen


© Amanz / 2022 Kami