Cooler Master Memperkenalkan Siri Kerusi Gaming Caliber Cooling Untuk Pasaran Tempatan

Diterbitkan pada Dis 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Cooler Master ialah jenama yang cukup terkenal untuk aksesori-aksesori komputer dan gaming mereka, dan baru-baru ini, mereka turut memasuki arena perabot gaming juga melalui siri kerusi gaming Caliber mereka.

Terkini, jenama tersebut telah memperkenalkan siri kerusi gaming Caliber Cooling baru yang terdiri daripada Caliber X1C dan juga Caliber R2C, yang mana perbezaan diantara model ini dan model Caliber X1 dan R2 yang diperkenalkan sebelum ini ialah kain yang digunakan untuk melitupi permukaan kerusi ini.

Cooler Master menggunakan fabrik yang dinamakan Cool-In Fabric Tech yang hadir dengan sulaman berbentuk bintang yang bukan sahaja menyejukkan belakang dan punggung pengguna dalam cuaca yang panas ini, tetapi juga membolehkan permukaan kerusi untuk menyerap lembapan dan mengeringkan permukaan dengan cepat.

Cooler Master juga mengatakan bahawa selain daripada kerusi-kerusi ini lebih selesa digunakan berbanding dengan kerusi yang menggunakan kulit PU, ia juga mudah dibersihkan dan boleh membasmi habuk secara kendiri.

Kerusi-kerusi ini juga boleh menampung pengguna seberat 150kg tanpa masalah, menjadikan kerusi ini sesuai digunakan tidak kira oleh mereka yang bersaiz kecil ataupun besar.

Kerusi Cooler Master Caliber X1C dan Caliber R2C ini sudahpun mula ditawarkan di pasaran tempatan pada harga RM1419 untuk Caliber X1C dan RM1119 untuk Caliber R2C.

komen


© Amanz / 2022 Kami