Cari @ Amanz

Nokia Mobile kini telah mula mengacah pengenalan tablet mereka untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. 

Untuk makluman, Nokia telah memperkenalkan tablet Nokia T20 secara rasminya pada Oktober lepas, dan ditawaarkan di beberapa buah negara. Tablet bersaiz 10.4-inci ini dijana dengan cip Unisoc Tiger T610, memori 4GB RAM dan storan 64GB.

Nokia T20 ini dikatakan mampu bertahan penggunaan berterusan selama 15 jam, dan sesuai untuk tujuan pembelajaran, dan mengikuti media melaluinya.

Melengkapkan penawaran tablet ini adalah Android 11, menyertakan sokongan Google Kids Space dan Google Entertainment Space. Nokia mengatakan akan menawarkan kemaskini sekuriti selama tiga tahun untuk tablet ini.

Buat masa ini, harga jualan dan tarikh pengenalannya masih tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan mendengar lanjut berkenaan dengan penawaran ini dalam minggu-minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd