Kongres A.S Ingin Meluluskan RUU Mengharamkan Penggunaan Bot Melakukan Pembelian Atas Talian

Diterbitkan pada Dis 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pandemik memusnahkan perniagaan fizikal dengan pembelian dilakukan hampir sepenuhnya secara atas talian. Namun begitu muncul masalah baharu apabila produk yang ingin dibeli habis diborong oleh pengguna bot. Ini ialah isu yang telah berlarutan lama sehingga menyebabkan pembelian konsol seperti PlayStation 5 hampir mustahil di Malaysia. Di Amerika Syarikat, beberapa ahli kongres menaja RUU yang akan cuba mengharamkan penggunaan bot bagi melakukan pembelian atas talian.

Stopping Grinch Bots Act diusulkan oleh empat ahli perwakilan Demokrat minggu ini. Ia diharapkan akan menyelesaikan isu produk diborong secara pukal oleh hanya satu individu dengan rancangan menjualnya semula pada harga yang jauh lebih mahal. Ini bukan sahaja merugikan pengguna tetapi menyukarkan peniaga kecil untuk mendapatkan stok untuk perniagaan mereka sendiri.

Di Malaysia RUU yang sama juga perlu diusulkan di Parlimen memandangkan seperti di Amerika Syarikat, kita juga mempunyai masalah penggunaan bot untuk membolot stok sehingga akhirnya wujud pula kes penipuan.

(Sumber Cnet)

komen


© Amanz / 2022 Kami