Apple App Store 2021 : TikTok Merupakan Aplikasi Paling Popular, Among Us Permainan Paling Popular
December 2, 2021
Apple
Aman
Apple hari ini telah mengeluarkan aplikasi dan juga permainan pilihan terbaik untuk sepanjang 2021 ini. Pada masa yang sama, Apple turut telah mengeluarkan senarai aplikasi dan permainan popular sepanjang tahun 2021 yang dimuat-turun melalui App Store.
Mengikut Apple, aplikasi paling popular dan hangat dimuat-turun pengguna seluruh dunia sepanjang tahun adalah TikTok. Ia diikuti oleh YouTube, dan Instagram yang dimiliki oleh Facebook pada tangga ketiga.
Untuk permainan pula, Among Us menduduki tangga teratas, diikuti oleh Roblox dan juga pada tangga ketiga adalah Project Makeover.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.