Tesla Mula Menjual Cyberquad For Kids – Kenderaan ATV Untuk Kanak-Kanak Pada Harga $1900

Diterbitkan pada Dis 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tesla, syarikat kenderaan elektrik yang terkenal untuk kenderaan-kenderaan seperti Tesla Model 3, Model S, Cybertruck dan Tesla Semi hari ini telah mengumumkan pelancaran dan pembukaan pra-tempah untuk kenderaan All-Terrain Vehicle yang dinamakan Cyberquad For Kids.

Cyberquad For Kids hadir dengan rekaan ikonik berasaskan Tesla Cybertruck yang mempunyai sudut-sudut yang tajam dengan rangka yang diperbuat daripada besi. Ia juga hadir dengan tempat duduk berkusyen, lampu hadapan dan belakang yang menggunakan LED dan sistem suspensi yang boleh diubahsuai.

Cyberquad ini dilengkapi dengan bateri litium yang memberikannya jarak pergerakan sekitar 24km, dengan kelajuan maksima 16km/j. Pra-tempahan untuk kenderaan ini sudahpun dibuka di laman web Tesla untuk pasaran-pasaran terpilih, dan ia dijangka akan dihantar ke pembeli dalam masa 2-4 minggu.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, anda boleh membaca lebih lanjut mengenai kenderaan ini di laman web Tesla.

komen


© Amanz / 2022 Kami