Grab yang memulakan operasi sebagai MyTeksi di Malaysia, hari ini meraikan detik bersejarah mereka tersendiri, apabila kini syaraikat mereka telah pun disenaraikan di NASDAQ.
Grab sebelum ini telah memulakan operasi sebagai MyTeksi pada tahun 2012, dan telah berkembang pesat sejak daripada itu. Kini, Grab beroperasi di 400 bandar di rantau Asia Tenggara, meliputi khidmat seru-pandu, penghantaran makanan, penghantaran barangan, dan juga khidmat kewangan.

Di Malaysia sendiri, Grab sangat popular dan digunakan secara aktif oleh orang ramai. Dengan penyenaraian awam ini, saham Grab boleh didagangkan oleh orang ramai – selain suntikan dana yang membolehkan mereka terus memperluaskan perkhidmatan.
Cradle Fund yang menyokong penubuhan MyTeksi pada peringkat awal turut berbangga menyaksikan Grab sebagai alumni pertama Cradle yang mencapai pentas global.
Dengan kejayaan serta pencapaian Grab ini, semestinya kita nantikan pelbagai inovasi dan perkhidmatan baharu yang bakal ditawarkan Grab untuk pengguna tempatan dan Asia Tenggara.