Google Dilaporkan Bakal Perkenal Jam Tangan Pintar Tersendiri Pada 2022

Diterbitkan pada Dis 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Desas-desus berkenaan Pixel Watch atau jam tangan pintar daripada pihak Google sendiri bukan sesuatu yang baharu. Apa pun, akhirnya, kita mungkin akan dapat melihat jam tangan pintar diperkenalkan secara rasminya.

Kini, ia dilaporkan Google merancang untuk memperkenalkan jam tangan pintar yang dibangunkan sendiri pada 2022 kelaak.

Jam tangan pintar berkenaan akan dijana dengan sistem operasi Wear OS – yang baru-baru ini turut melihat integrasi kod daripada Tizen yang dibangunkan Samsung, sekaligus menawarkan prestasi dan kadar penggunaan lebih efisien.

Jam tangan pintar Google ini bakal menggunakan rekaan muka jam bulat, dan turut menyertakan pengimbas nadi seperti sejumlah jam yang lain.

Untuk makluman pembaca juga, Google sedia miliki Fitbit, yang turut mempunyai kepakaran dalam mengeluarkan peranti boleh-pakai.

Dengan langkah pengenalan jam tangan pintar tersendiri, Google dijangka akan dapat mempertontonkan kelebihan sistem operasi jam tangan pintar mereka, disamping turut membolehkan mereka memfokuskan arena kesihatan dan kecergasan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 2022 untuk melihat adakah akhirnya kita akan dapat melihat jam tangan pintar berjenama Google.

komen


© Amanz / 2022 Kami