AWS Amplify Studio – Reka Paparan Antaramuka Tanpa Pengaturcaraan

Diterbitkan pada Dis 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

AWS Amplify yang dilancarkan sebelum ini merupakan kombinasi perkhidmatan AWS yang dikhususkan untuk pembangunan aplikasi dan web namun ia tidak disertakan dengan fungsi membolehkan rekaan grafik, paparan antaramuka dilakukan secara terus. Hari ini di acara AWS re:Invent mereka mengumumkan fungsi baru iaitu AWS Amplify Studio.

AWS Amplify Studio membolehkan pengguna AWS Amplify membina paparan antaramuka untuk aplikasi mahupun laman web. Ini membolehkan pengaturcara terus melihat rekaan aplikasi mereka, tanpa perlu menunggu rekaan paparan. Malah, pengaturcara boleh melakukan integrasi Figma dengan pereka paparan muka, tanpa sebarang tambahan kod. 

Sekiranya pembangun ketiadaan pereka paparan antaramuka, terdapat juga pilihan-pilihan komponen paparan antaramuka yang telahpun disediakan AWS secara grafik, dan pembangun boleh memilihnya dengan mudah untuk diintegrasikan pada aplikasi.

Dengan cara ini, AWS Amplify Studio akan menjana kod JavaScript atau TypeScript yang digunakan sebagai rekaan, dan pembangun boleh melalukan sebarang perubahan dengan lebih cepat. Perkhidmatan AWS Amplify Studio boleh dicuba bermula hari ini, termasuklah bagi pengguna Malaysia yang memilih kawasan (AWS Region) Asia Pacific/Singapura.  

Cuba hari ini: AWS Amplify Studio

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami