TnG eWallet Umum Kerjasama Strategik Bersama Firefly – Tawar 20% Diskaun

Diterbitkan pada Dis 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Touch ’n Go eWallet hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama penyedia khidmat penerbangan, Firefly. Melalui kerjasama ini, ia kini membolehkan orang ramai melakukan tempahan penerbangan Firefly terus melalui aplikasi TnG eWallet.

Dengan langkah ini, TnG eWallet terus mengukuhkan kedudukan sebagai aplikasi semua-dalam-satu, memudahkan pengguna melakukan pelbagai transaksi menggunakannya.

Bersama-sama pengenalan dan kerjasama ini, TnG eWallet turut menawarkan diskaun 20% utuk semua tempahan penerbangan domestik yang dilakukan dan dibayar melalui dompet digital TnG ini, sehinggaa 31 Januari 2022 kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami