Ini Adalah Emoji Paling Kerap Digunakan Sepanjang 2021 😂

Diterbitkan pada Dis 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Unicode Consortium kini telah pun mengeluarkan data tahunan berkaitan emoji popular yang digunakan pengguna seluruh dunia, dan emoji yang paling kerap digunakan adalah emoji “tangisan kegembiraan” 😂.

Ia dikatakan emoji “tangisan kegembiraan” 😂 ini meliputi 5% penggunaan semua emoji, dan ia diikuti oleh emoji “hati” ❤️ dengan kadar peratusan hampir sama.

Selepas itu, emoji-emoji lain meperlihatkan penggunaan pada kadar lebih rendah berbanding kedua-dua diatas.

Pada masa yang sama, Unicode turut mengatakan 100 emoji teratas yang sering digunakan meliputi 82% penggunaan emoji pada hari ini, walaupun terdapat 3,663 emoji ditawarkan.

Walaupun begitu, emoji baharu terus ditambah setiap tahun, yang membawa pelbagai maksud berbeza.

Berikut merupakan emoji lain yang menduduki tangga 10 teratas paling kerap digunakan:

  1. 😂 – Tangisan Kegembiraan
  2. ❤️ – Hati
  3. 🤣 – ROFL
  4. 👍 – Bagus
  5. 😭 – Menangis
  6. 🙏 – “Folded Hands”
  7. 😘 – Ciuman
  8. 🥰 – Senyum
  9. 😍 – Senyum
  10. 😊 – Senyum

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami