Maxis Selesai Menutup 3G Di Kebanyakkan Negeri – Kecuali KL, Selangor, Johor Dan P.Pinang

Diterbitkan pada Dis 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Maxis kini melalui laman rasmi telah pun mengesahkan yang mana rangkaian 3G telah ditamatkan di Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak, Kedah, Perlis, Putrajaya, Sabah, Negeri Sembilan dan Melaka.

Maxis mengatakan rangkaian 4G telah tersedia di negeri-negeri berkenaan. Tiada info berkaitan Sarawak dikongsikan Maxis buat masa ini.

Mengikut jadual penamatan, pada bulan Disember ini, Maxis akan menutup rangkaian 3G di Pulau Pinang, Johor, Selangor dan juga Kuala Lumpur.

Orang ramai diminta beralih kepada peranti dengan sokongan 4G dan VoLTE untuk terus menikmati kualiti panggilan dan pelayaran web yang baik.

komen


© Amanz / 2022 Kami