Vivo S12 Pro Dijangka Hadir Dengan MediaTek Dimensity 1200, Kamera Swafoto 50MP

Diterbitkan pada Dis 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kewujudan Vivo S12 Pro bukanlah sesuatu yang baru, malah sudah diperkatakan sejak beberapa hari lepas. Ia juga dijangka hadir sekitar penghujung bulan ini dan beberapa spesifikasinya nampak telah tertiris menerusi perkongsian Digital Chat Station di Weibo.

Ia mendedahkan bahawa Vivo S12 Pro dijangka menampilkan panel hadapan sejenis OLED yang menawarkan resolusi skrin FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Selain itu, peranti juga mungkin hadir dengan kamera hadapan sebesar 50MP, di samping sistem tri-kamera pelbagai guna di belakang dengan sensor utama 108-Megapixel. Sungguhpun sumber tidak berkongsi sebarang informasi mengenai dua lagi sensor lain. Tetapi, ia besar kemungkinan bakal menggunakan sensor Ultra-lebar dan makro bersama-sama dengannya.

Untuk lain-lain spesifikasi, ia dikhabarkan sebuah peranti dengan janaan cip MediaTek Dimensity 1200 dan menjalankan antara muka OriginOS Ocean serba baharu. Bukan itu sahaja, ia juga dipercayai akan dijual dengan tanda harga sekitar RMB3,000 (~RM1,991) untuk sebuah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami