Masalah Rangkaian Pixel 6 Mungkin Berpunca Daripada Pepijat Android 12

Diterbitkan pada Dis 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pixel 6 dan Pixel 6 Pro sudah dibuktikan ada masalah rangkaian. Bukan sahaja di Malaysia kerana tidak menyokong VoLTE, tetapi turut di Amerika Syarikat. Antara sebabnya adalah Pixel 6 yang menggunakan modem buatan Samsung iaitu Exynos 5123b berbanding pesaing yang menggunakan modem daripada Qualcomm.

Terkini, lebih 100 laporan berkaitan Pixel 6 dan Pixel 6 Pro ada masalah rangkaian telah diterima di Reddit dan juga forum rasmi Google. Peranti masing-masing dilihat tidak berjaya menerima akses data mudah alih tidak kira LTE atau 5G. Ada juga masalah sehingga kad SIM tidak dikesan berlaku.

Ada juga pengguna melaporkan kepada Google dan menuntut jaminan, hanya seketika menikmati peranti baru masalah kembali lagi. Masalah ini jelas datang daripada modem yang digunakan. Tetapi ada juga yang mendakwa masalah ini berpunca daripada Android 12 itu sendiri. Lebih-lebih lagi pada fungsi Adaptive Connectivity.

Fungsi ini adalah untuk menjimatkan penggunaan bateri bersama corak penggunaan sambungan kepada rangkaian. Beberapa pengguna mendapati, mematikan fungsi ini menyelesaikan masalah setakat ini. Saya turut melakukan ujian ini pada Pixel 6. Di kawasan rumah sewa saya yang memang ada masalah Internet – Maxis dengan Adaptive Connectivity aktif hanya menerima kadar muat turun 320kbps. Manakala apabila dimatikan boleh capai 2-3 Mbps.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami