FTC Menyaman NVIDIA Untuk Menghalang Pengambilalihan Syarikat Pembangunan Teknologi Cip Arm

Diterbitkan pada Dis 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

NVIDIA, syarikat teknologi yang cukup terkenal untuk cip-cip pemprosesan grafik yang digunakan untuk tujuan gaming, olahan video, model 3D dan juga industri automotif dilaporkan sejak tahun lepas bahawa mereka mahu mengambil-alih syarikat pembangun teknologi cip daripada UK, Arm untuk $40 bilion.

Perkara tersebut dilihat mendapat perhatian daripada pelbagai pihak, termasuklah badan anti-persaingan sedunia dan juga syarikat-syarikat teknologi yang dilihat bergantung kepada teknologi Arm untuk membangunkan komponen-komponen mereka sendiri.

Terkini, Federal Trade Commission, badan anti-persaingan Amerika Syarikat dilihat telah memfailkan saman terhadap NVIDIA kerana pengambil-alihan tersebut, sekiranya berjaya akan memberikan NVIDIA kelebihan melampau keatas syarikat-syarikat lain yang bergantung kepada teknologi Arm untuk membangunkan komponen-komponen mereka.

Pengambil-alihan ini juga, sekiranya berjaya mungkin akan menyebabkan satu situasi dimana Arm hanya akan membangunkan teknologi yang memanfaatkan NVIDIA, dan disamping itu, pemberhentian pembangunan teknologi yang tidak akan memanfaatkan syarikat tersebut, walaupun ianya diperlukan oleh pembangun-pembangun komponen yang lain.

FTC mengatakan bahawa pengambilalihan ini akan menjejaskan perkembangan teknologi dalam tiga sektor berbeza, termasuklah High-Level Advanced Driver Assistance Systems iaitu sistem pembantu pemanduan yang bertanggungjawab untuk teknologi penukaran lorong, DPU SmartNICs, iaitu komponen penting dalam memastikan pusat data beroperasi dengan cekap dan selamat, dan juga cip pemprosesan ARM yang digunakan untuk pusat data dan storan awan yang sangat penting sekarang khususnya apabila banyak syarikat-syarikat memperlihatkan konsep bekerja dari rumah ataupun jarak jauh yang akan menggunakan teknologi ini dengan lebih banyak.

Setakat ini, tiada berita lanjut mengenai pengambil-alihan Arm oleh NVIDIA ini selain daripada tanda harga $40 bilion yang ditetapkan oleh NVIDIA. Ia dijangka bahawa lebih banyak syarikat dan badan anti-persaingan yang akan mengemukakan pelbagai pendapat dan maklum-balas mengenai mengapa perkara ini bukanlah sesuatu yang baik untuk industri perkomputeran kelak.

Sumber: TechPowerUp

komen


© Amanz / 2022 Kami