Oppo Reno6 Z 5G Edisi Shiseido Berharga RM1699 – Hadir Dengan Kotak Hadiah Eksklusif

Diterbitkan pada Dis 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo Reno6 Z 5G telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia sekitar bulan Ogos lalu dengan tanda harga RM1,699. Ia dilengkapi skrin AMOLED bersaiz 6.4-inci, cip MediaTek Dimensity 800U, bateri 4310mAh dengan pengecasan 30W, kamera utama 64MP dan kamera hadapan sebesar 32MP. Bagi memberi lebih pilihan kepada pengguna, Oppo kini hadir dengan edisi terhad untuk peranti berkenaan.

Menariknya, edisi terhad ini merupakan kerjasama antara Oppo dengan jenama kosmetik terkenal, Shiseido. Melaluinya, setiap pembelian untuk edisi terhad ini didatangkan dengan kotak hadiah eksklusif bersama hadiah istimewa bernilai RM450 bagi melengkapkan lagi koleksi. Ianya terdiri dengan seunit Oppo Reno6 Z, kerangka peranti eksklusif dan beberapa produk kosmetik keluaran Shiseido termasuklah gincu.

Dalam pada itu, anda juga berpeluang untuk menerima Synchro Skin Radian Lifting yang bernilai RM210 dan sesi konsultasi mengenai kecantikan secara percuma dengan setiap pembelian yang bertuah. Bukan itu sahaja, eksklusif buat semua ahli My OPPO App terdapat beberapa ganjaran menarik lain yang disediakan. Antaranya seperti rebat sebanyak RM50 untuk pembelian mana-mana barangan Shiseido yang bernilai RM300, kit percuma untuk Shiseido Ultimune dan 4 hadiah misteri daripada Shiseido.

Bagi yang berminat, Oppo Reno6 Z 5G Edisi Shiseido ditawarkan pada RM1699. Sesi pra-tempah dibuka bermula sekarang sehingga 10 Disember 2021. Anda boleh mendapatkannya menerusi beberapa platform berbeza seperti kedai atas talian rasmi Oppo, Shopee dan Lazada.

komen


© Amanz / 2022 Kami